From Apit and Firends
Dear Nyoman Surwani/Nengah Polos,
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bali Day Trip dengan
memberikan perkhidmatan dan nasihat yang sangat baik sepanjang percutian
kami di Bali. Kami berasa sangat teruja dan seronok ketika berada di Bali.
Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada Pak Nyoman Suntaysa kerana
memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tidak pernah kenal erti jemu
sepanjang memanduannya. Dia banyak juga bercerite mengenai sejarah2 bali dan
juga beradaban di Bali. Terima Kasih Pak Nyoman Suntaysa.
Di sini, kami attach gamba2 yang sempat kami ambil ketika berada di Bali.
Juga kami kepilkan sekali Gambar Pak Nyoman Suntaysa seperti yang diminta
tempoh hari.
Semoga kite berjumpa lagi di masa hadapan, saya juga akhiri dengan serangkap
pantun :-
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami tumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Semoga kita berjumpa lagi.
Terima Kasih kepada semua.
regards
Apit & frens (Malaysia)
Day trip at Taman Ayun Temple